MUKADIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم  

Assalamualaikum Warrah Matullah Hi Wabarakatuh…

Syukur kehadrat Allah Azzawajalla, kerana dengan kudrat dan kehendakNya maka tertubuhlah  Pertubuhan Majlis Kekanda Selangor (MGKS) ia adalah sebuah Pertubuhan NGO yang bertujuan memperjuangkan isu-isu dan perihal yang berkaitan dengan kepentingan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Air Malaysia.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali bermesyuarat dan bertemu Akhirnya Pertubuhan Majlis Kekanda Selangor dapat kelulusan dari ROS, Tahniah diucapkan terutama kepada AJK penaja MGKS, Bermula dari Al-Fadhil Imam Najmi, Selaku Pengerusi Penaja MGKS dan Saudara-saudara yang terlibat dalam penaja MGKS.

MGKS adalah sebuah NGO yang berasaskan sukarelawan dan kebajikan, kami mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin menyertai atau menyumbangkan masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk membantu menjalankan program-program yang telah kami aturkan. boleh mengisi borang Online kami.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT supaya usaha kita ini sentiasa di berkati dan Allah memberikan kekuatan dan petunjuk kepada kita semua.

Sekian, Wabillah Hitaufik Wal Hidayah, Wassalam Mualaikum Warrah Matullah Hi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment